Pengenalan Fertigasi

Fertigasi merupakan teknik tanaman yang mengamalkan pembajaan dan pengairan serentak dengan kuantiti yang tepat.

Rumah perlindungan hujan pula adalah teknik tanaman lindungan hujan dan jaring kalis serangga adalah bagi meminimumkan kerosakan tanaman akibat cuaca dan serangan serangga, meminimum penggunaan racun, meningkatkan pengeluaran dan kualiti pengeluaran dan memastikan pendapatan yang konsisten.

Kursus ini akan dikendalikan oleh seorang petani moden yang berjaya dalam bidang fertigasi dan rumah perlindungan hujan dengan bantuan pakar dalam bidang pertanian dan teknologi pertanian.

Kos tanaman fertigasi adalah tidak mahal jika anda berupaya memasang sistem tersebut sendiri. Contohnya: RM5,500 untuk 1000 polibeg cili padi secara terbuka termasuk baja dan kawalan serangga semusim/ 6 bulan.

Pendapatan berganda berbanding tanaman atas tanah dengan anggaran 1000 polibeg cili padi secara terbuka menjana pendapatan kasar sebanyak RM1,800 sebulan.

Penggunaan bio-control agent dan polibeg yang berkualiti membolehkan penggunaan media (sabut kelapa) berulangkali.

Kerosakan tanaman disebabkan oleh bakteria tanah boleh dihindari.

Maklumat Lanjut Kursus

Tenaga Pengajar:

  1. Nor Azha bin Amzah @ Hamzah

(Usahawan Tani Fertigasi & Rumah Perlindungan Hujan)

  1. Prof. Dr Bohari M. Yamin

(Pensyarah, Chemical Science & Food Technologi, UKM)

  1. Mohd al-Khotimi Bin Hj Siren

(B.Sc, Teknologi Perladangan, UiTM)


Bayaran Penyertaan

Kursus Fertigasi Cili atau Melon - RM80 (4 jam)

Teori dan amali pelaksanaan penanaman secara fertigasi, teknik-teknik penyemaian, rawatan anak benih, pembajaan, kawalan serangga perosak, penggunaan hormon, teknik menggunakan baja tambahan untuk menggandakan tuaian dan mengenalpasti faktor-faktor kegagalan.

Kursus Tambahan :

- Amali Penyemaian - RM30.00 (30 minit)

- Hidroponik dan Raceway - RM40.00 (1 jam)

- Lawatan ke Ladang Cili atau Melon - RM30.00 (1 jam)

Kursus Fertigasi 2B - RM150 (4 jam)

Pemasangan sistem pengairan dan hidroponik raceway

Kawalan Motor Pam Air

Kursus Fertigasi 2C - RM150 (4 jam)

Pembajaan, kawalan penyakit dan serangga, pH air dan media, nutrin tanaman, penggunaan hormon/ penggalak cytokinin, auxin dan gibberallic acid, amali penyemaian, amali formulasi fertigasi, amali membuat baja foliar/ semburan, amali menggunakan hormon Ga3

Kursus Fertigasi 2D- RM 150.00

Amali Pemasangan Rumah Perlindungan Hujan

Kursus Fertigasi Lengkap (1, 2B, 2C dan 2D) - RM550 (2 hari)

*Kursus dijalankan dalam kumpulan kecil atau perseorangan dengan masa dan tarikh mengikut permintaan anda.


Cara Bayaran

Bayaran kursus semasa mendaftar kursus di pejabat Training Centre atau ke akaun

Perniagaan Pertanian ADELA

CIMB : 12530000102107

Norazha Bin Amzah @ Hamzah

MAYBANK: 164221268567



Tempat tinggal dan kadar bayaran

Tempat tinggal disediakan


Maklumat Lanjut dan Penyertaan:

En. Azhar (016-2225062)