Pengenalan Fertigasi

Fertigasi merupakan teknik tanaman yang mengamalkan pembajaan dan pengairan serentak dengan kuantiti yang tepat.

Rumah perlindungan hujan pula adalah teknik tanaman lindungan hujan dan jaring kalis serangga adalah bagi meminimumkan kerosakan tanaman akibat cuaca dan serangan serangga, meminimum penggunaan racun, meningkatkan pengeluaran dan kualiti pengeluaran dan memastikan pendapatan yang konsisten.

Kursus ini akan dikendalikan oleh seorang petani moden yang berjaya dalam bidang fertigasi dan rumah perlindungan hujan dengan bantuan pakar dalam bidang pertanian dan teknologi pertanian.

Kos tanaman fertigasi adalah tidak mahal jika anda berupaya memasang sistem tersebut sendiri. Contohnya: RM5,500 untuk 1000 polibeg cili padi secara terbuka termasuk baja dan kawalan serangga semusim/ 6 bulan.

Pendapatan berganda berbanding tanaman atas tanah dengan anggaran 1000 polibeg cili padi secara terbuka menjana pendapatan kasar sebanyak RM1,800 sebulan.

Penggunaan bio-control agent dan polibeg yang berkualiti membolehkan penggunaan media (sabut kelapa) berulangkali.

Kerosakan tanaman disebabkan oleh bakteria tanah boleh dihindari.